Holla semua .. eh tengah buat apa tu ??
joget apa tu ??
Apa ?? joget OPPA GANGNAM STYLE ..
Ouhh lupa pulak ..
Sekarang nie kan musim joget tu ..
ha kamu tahu ke apa tu Oppa Gangnam Style ??
apa tak tahu ??
tak pa kejap ye aku tunjuk kan ..
ha nie la dia
ce korang buat macam tu ..
haha comel kann .. hari tu aku ada tengok dekat FACEBOOK
ada 1 isu yang hangat la jugak ..
isu oppa gangnam style ..
ada yang cakap oppa gangnam nie menghina islam ..
ada yang cakap tidak ..
hmm .. aku tak tahu la mana satu kebenarannya kan , aku bukan minat ponn
oppa nie .. kalau oppah dalam upin ipin tu aku minat la
hehe
tak da kaitan pon ..
tapi nama dah dekat tu .. mungkin dia dapat inspirasi nama oppa tu
daripada nama oppah kot
haha memandai jekk aku nie kan ..
oppps ..!
tapi sampai hari nie masih ada yang bercakap pasal oppa nie ..
ada yang cakap
orang korea sedang menjatuhkan islam di seluruh dunia
dengan menggunakan OPPA GANGNAM STYLE !! lagu dan
style tu menghina Nabi Muhammad SAW .. astaghfirullah al-
azim~ lirik lagu tu ada yang bermaksud ''konon ada binatang
burroq, konon boleh sampai langit ke-7'' .. kan baginda naik
ke langit menggunakan burroq ?? penyanyi itu juga buat sty
le silangkn tangan dia, kan tanda salib tu ?? ..even baginda
pernah cakap, burroq tu sangat laju dan tak same dengan
riding kuda, jadi penyanyi itu terpaksa sila
ngkan tangan untuk grip kuat style kuda tu
ada sesetengah pihak lagi cakap oppa tu
Gangnam bermaksud ‘Saya Ingin Menjadi Yahudi’ sebarkan untuk Agama Islam. #ShareThis ! Subhanallah. Macam2 sekarang niehh !
Benarkah itu maksud gangnam style?
Benarkah itu maksud gangnam style?
Blogger Ipoh Malay menghuraikan isu berkenaan;
Jangan Malukan Umat, Ini Maksud Sebenar ‘Gangnam’
...
Memang tak senonoh video clip Oppa Gangnam Style nyanyian PSY yang menjadi viral secara tiba-tiba di Asia dan Amerika Syarikat. Tetapi sesenonoh mana pula penyebaran dakyah kononnya untuk kebaikan umat Islam bahawa Gangnam bermaksud “Saya Ingin Jadi Yahudi” ?
Jawapannya tiada faedah, malah memalukan umat Islam kerana bila tiba ke pengetahuan masyarakat bukan Islam, umat Islam akan dipermalukan dengan celaan seperti ‘bodoh’ , ‘tak buat kajian’ dan ‘cetek ilmu’.
Jadi, apakah Gangnam itu?
Menurut orang Korea, Gangnam-gu merupakan kawasan dalam Seoul yang dihuni artis-artis, penuh dengan bangunan rekaan moden, mahal, ada style dan mereka menyamakan Gangnam dengan Beverly Hills di Amerika Syarikat.
Oppa pula ialah panggilan hormat mereka kepada lelaki yang lebih tua seperti kita menyebut ‘abang’ atau ‘encik’ . Maka mamat gemok yang popular tiba-tiba itu menyanyikan lagu yang bertajuk ‘ cara encik gangnam’.
Negara Yahudi sebesar Amerika Syarikat pun tak pernah ada tempat dengan nama bermaksud “I wanna be Jews”.
Seharusnya kita tidak sembrono menyebarkan sesuatu yang memalukan kita umat Islam secara keseluruhan akibat perbuatan dangkal hasil tangan puak-puak tertentu yang belum tentu lagi kita tahu pegangan akidah mereka. Boleh jadi ia dilakukan oleh orang kafir sendiri bagi memalukan umat Islam.
aku sendiri pun tak tahu la mana satu kebenarannya ..
kebenarannya hanya pencipta lagu tu & allah jek tahu ..
bagi aku tak salah kalau kita dengar tapi jangan terlalu taksub sudah la ..
lagi pon dalam video tu macam banyak view yang tak elok la
tak percya ?? tengok la sendiri ..
masing-masing ada pendapat sendiri kan ..
so fikir la mana baik mana tak baik ..
kalau dah terbukti yang oppa gangnam nie menjatuhkan imej
umat islam , kite sebagai umat islam jangan la dengar atau tengok video nie
lagi ..
akhir kata ..
enjoy reading here & peace yoo
Tiada ulasan:
Catat Ulasan