Isnin, 10 September 2012

Jom Kita Berdoa Supaya Dapat Jodoh Yang Baik ^_^

Hei awak ! kenapa buat muka macam tu ??
Ala kesiannya ..
Tak mau la sedih-sedih ..
Mari sini cerita dengan kita ..
Ha ??!! apa ??!!!
PUTUS CINTA … ouhhh kesiannya dia ..
Hmm jangan la sedih-sedih kalau putus cinta nie ..
Awak kena bersabar , nie dugaan untuk awak ..
Awak kena selalu set dalam minda awak ..
Kalau berpisah dengan orang yang awak sayang nie semua
Takdir untuk awak ..
Awak putus sebab allah dah tentukan jodoh yang terbaik untuk awak ..
Apa ? tak percaya ..
Awak kena percaya jugak , sebab jodoh tu rahsia allah kann ..
Siapa kita untuk menegetahui benda-benda macam nie ..
Kalau kite boleh tahu siapa jodoh kite senang la kann ..
So mulai dari saat nie jommm kite baca doa dekat bawah nie yokk
Ha … nie doa supaya dapat jodoh yang baikk
Ha .. jom baca sama-sama
doa cepat cari jodoh
Selain tu kita pernah terbaca kalau kita nak dapat jodoh yang baik kann
kite perlulah amalkan doa nabi zakaria iaitu surah al-anbiya ayat 89
yang bermaksud :
“Dan (ingatlah kisah) Zakariya, tatkala ia menyeru Tuhannya ‘ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, dan Engkau adalah Waris Yang Paling Baik’.”(QS. Abiya/ 21: 89)
Yang kedua :
  Amalkan ayat 131 dan 132 daripada Surah Toha selepas solat setiap solat fardu, bermula dari :
“Walaa tamuddanna’ainaika illa ma mata’na bihi azwajanminhum zahratul hayattu linaftinahum fiih, warizqo robbikaa hairu wa abqa, wa’ mur ahlakaa bisSolaati,wastabir ‘alaiha, laa nas aluka rizqo, nahnu narzukuqa, wal’aqibati lit taqwa…….”
Ertinya:
“Jangan lah pandangan mata kamu terpesona melihat perhiasan kehidupan (yang Kami beri kepada orang2 kafir) yang menjadi ujian padanya. Dan rezeki kurniaan daripada tuhanmu (Allah) itulah lebih baik dan kekal(balasan Syurga). Dan suruhlah /arahkan ahlimu (keluarga dan anak2 serta org terdekat) mengerjakan solat, dan bersabarlah kamu atas perkara itu. Tidak lah Kami minta rezeki dari mu, tetapi Kamilah (Allah) yang mengurniakan rezeqi kepadamu dan ‘akibat kesudahan baik itu adalah bagi mereka yang bertaqwa”
Yang ketiga :
3. Perbanyakkan amalan membaca selawat Nabi Muhammad s.a.w seperti di bawah ini. Hendaklah dibaca paling minimum 1000 kali dalam sehari semalam. InsyaAllah doa anda akan termakbul oleh Allah SWT.
“Allahumma shalli wasallim ëalaa sayyidinaa Muhammad. Waíalaa aali sayyidinaa Muhammad.”
Ertinya:
Ya Allah, semoga kesejahteraan dan keselamatan tercurah kepada junjungan Nabi Muhammad saw., dan segenap keluarga beliau.
Yang ke empat :
. Doa bagi mendapat bakal isteri yang baik – amalkan membaca surah al-Furqan, ayat 74
Yang bermaksud:
“Ya Tuhan kami, anugerahlah kami, isteri kami dan keturunan kami, sebagai penyayang hati kami, dan jadikan kami imam bagi orang-orang yang bertakwa (Muttaqin)”
yang kelima :
5. Baca Surah Yusuf, ayat 4 pada semangkuk atau segelas air, kemudian sapu air itu pada muka. InsyaAllah doa akan dimakbulkan.
yang keenam :
6. Cubalah membaca Surah Yusuf pada sebekas air yang bersih sebanyak 3 kali pada malam Jumaat. Gunakan air itu untuk mandi pada tiga pagi berturut-turut dan diminum 7 kali setiap hari selama tiga hari berturut-turut. InsyaAllah doa akan dimakbulkan.
yang ketujuh :
7. Amalkan membaca surah Yassin pada setiap malam. Sebelum membaca, niatkan di dalam hati supaya Allah SWT menyegerakan jodoh, memberikan jodoh yang terbaik dan beriman untuk anda.
yang kelapan :
8. Surah al-Fatihah juga mengandungi banyak faedah dan keberkatan jika sentiasa diamalkan. Salah satu kebaikan yang datang daripadanya ialah dikurniakan jodoh. Amalkan membaca surah ini sebanyak yang mungkin sambil berniat diberikan jodoh yang baik dan beriman kepada Allah SWT.
Hope tips nie membantu awak yang tengah
Putus cinta tu J






Tiada ulasan:

Catat Ulasan