Isnin, 10 September 2012

Gara-gara miss octopus la nie ! ^_^

Bangun à ambil enset à tengok jam à omg !! dah pukul 10
Hehehe terlewat bangun lagi …
Sorry mama adik lewat lagi hari nie ..
Hehe .. jangan marah taw .. esok adik janji bangun awal J
Nie la akibatnya tidur lewat kan ..
Ha padan muka aku kena CERAMAH dengan mak
Hehehe .. tak pa dah biasa ..
Nak tahu tak kenapa aku tidur lewat malam tadi ??
Ha !! nie la sebabnya ..
Aku tengok cerita nie la … besttt wooo
Haha .. aku kan memang macam nie bila cerita tu dah episode akhir
Baru la tergedik-gedik nak tengokkk
Actually kan aku bukan nak cerita pasal aku bangun lewat atau apa ..
Aku nak sharing sikit la kan ..
Nak dengar tak ?? kalau tak nak tutup telinga dengan pillow hahaha

Semalam aku tengok cerita tu aku dapat beberapa pengajaran la
Pertama sebagai manusia nie kite semua tak sempurna kan ..
So jangan la kite nak menghina antara satu sama lain ..
Kite semua sama je pada mata allah s.w.t. tu ..
Tak da beza ponn .. yang bezanya Cuma amalan kite jekk kann
Yang kedua kite jangan terlalu bangga dengan rupa paras yang kite miliki
Ala macam fahrin ahmad dalam cerita tu .. dia rasa dia kacak then die boleh hina orang sesuka suki hati jek ..
Yang ketiga lak jangan la marah kalau orang tu jatuh cinta dengan kite
Perasaan cinta tu kan anugerahh dari allah untuk hambanya
So tak payah la marah kalau ada orang suka kite
Mesti ada sebab kenapa orang tu suka kite kan ..
Cuma kite tak nampak .. mungkin kita layan die terlalu baik then kite beri
Harapan pada dia tanpa kite sedar ..
so tu je la nak sharing hari nie .. hope sudi baca ye ..


Jom Kita Berdoa Supaya Dapat Jodoh Yang Baik ^_^

Hei awak ! kenapa buat muka macam tu ??
Ala kesiannya ..
Tak mau la sedih-sedih ..
Mari sini cerita dengan kita ..
Ha ??!! apa ??!!!
PUTUS CINTA … ouhhh kesiannya dia ..
Hmm jangan la sedih-sedih kalau putus cinta nie ..
Awak kena bersabar , nie dugaan untuk awak ..
Awak kena selalu set dalam minda awak ..
Kalau berpisah dengan orang yang awak sayang nie semua
Takdir untuk awak ..
Awak putus sebab allah dah tentukan jodoh yang terbaik untuk awak ..
Apa ? tak percaya ..
Awak kena percaya jugak , sebab jodoh tu rahsia allah kann ..
Siapa kita untuk menegetahui benda-benda macam nie ..
Kalau kite boleh tahu siapa jodoh kite senang la kann ..
So mulai dari saat nie jommm kite baca doa dekat bawah nie yokk
Ha … nie doa supaya dapat jodoh yang baikk
Ha .. jom baca sama-sama
doa cepat cari jodoh
Selain tu kita pernah terbaca kalau kita nak dapat jodoh yang baik kann
kite perlulah amalkan doa nabi zakaria iaitu surah al-anbiya ayat 89
yang bermaksud :
“Dan (ingatlah kisah) Zakariya, tatkala ia menyeru Tuhannya ‘ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, dan Engkau adalah Waris Yang Paling Baik’.”(QS. Abiya/ 21: 89)
Yang kedua :
  Amalkan ayat 131 dan 132 daripada Surah Toha selepas solat setiap solat fardu, bermula dari :
“Walaa tamuddanna’ainaika illa ma mata’na bihi azwajanminhum zahratul hayattu linaftinahum fiih, warizqo robbikaa hairu wa abqa, wa’ mur ahlakaa bisSolaati,wastabir ‘alaiha, laa nas aluka rizqo, nahnu narzukuqa, wal’aqibati lit taqwa…….”
Ertinya:
“Jangan lah pandangan mata kamu terpesona melihat perhiasan kehidupan (yang Kami beri kepada orang2 kafir) yang menjadi ujian padanya. Dan rezeki kurniaan daripada tuhanmu (Allah) itulah lebih baik dan kekal(balasan Syurga). Dan suruhlah /arahkan ahlimu (keluarga dan anak2 serta org terdekat) mengerjakan solat, dan bersabarlah kamu atas perkara itu. Tidak lah Kami minta rezeki dari mu, tetapi Kamilah (Allah) yang mengurniakan rezeqi kepadamu dan ‘akibat kesudahan baik itu adalah bagi mereka yang bertaqwa”
Yang ketiga :
3. Perbanyakkan amalan membaca selawat Nabi Muhammad s.a.w seperti di bawah ini. Hendaklah dibaca paling minimum 1000 kali dalam sehari semalam. InsyaAllah doa anda akan termakbul oleh Allah SWT.
“Allahumma shalli wasallim ëalaa sayyidinaa Muhammad. Waíalaa aali sayyidinaa Muhammad.”
Ertinya:
Ya Allah, semoga kesejahteraan dan keselamatan tercurah kepada junjungan Nabi Muhammad saw., dan segenap keluarga beliau.
Yang ke empat :
. Doa bagi mendapat bakal isteri yang baik – amalkan membaca surah al-Furqan, ayat 74
Yang bermaksud:
“Ya Tuhan kami, anugerahlah kami, isteri kami dan keturunan kami, sebagai penyayang hati kami, dan jadikan kami imam bagi orang-orang yang bertakwa (Muttaqin)”
yang kelima :
5. Baca Surah Yusuf, ayat 4 pada semangkuk atau segelas air, kemudian sapu air itu pada muka. InsyaAllah doa akan dimakbulkan.
yang keenam :
6. Cubalah membaca Surah Yusuf pada sebekas air yang bersih sebanyak 3 kali pada malam Jumaat. Gunakan air itu untuk mandi pada tiga pagi berturut-turut dan diminum 7 kali setiap hari selama tiga hari berturut-turut. InsyaAllah doa akan dimakbulkan.
yang ketujuh :
7. Amalkan membaca surah Yassin pada setiap malam. Sebelum membaca, niatkan di dalam hati supaya Allah SWT menyegerakan jodoh, memberikan jodoh yang terbaik dan beriman untuk anda.
yang kelapan :
8. Surah al-Fatihah juga mengandungi banyak faedah dan keberkatan jika sentiasa diamalkan. Salah satu kebaikan yang datang daripadanya ialah dikurniakan jodoh. Amalkan membaca surah ini sebanyak yang mungkin sambil berniat diberikan jodoh yang baik dan beriman kepada Allah SWT.
Hope tips nie membantu awak yang tengah
Putus cinta tu J






Oppa Gangnam Style ! Apa Tu ??

Holla semua .. eh tengah buat apa tu ??
 joget apa tu ??
Apa ?? joget OPPA GANGNAM STYLE ..
Ouhh lupa pulak ..
Sekarang nie kan musim joget tu ..
ha kamu tahu ke apa tu Oppa Gangnam Style ??
apa tak tahu ??
tak pa kejap ye aku tunjuk kan ..
ha nie la dia
ce korang buat macam tu ..
haha comel kann .. hari tu aku ada tengok dekat FACEBOOK
ada 1 isu yang hangat la jugak ..
isu oppa gangnam style ..
ada yang cakap oppa gangnam nie menghina islam ..
ada yang cakap tidak ..
hmm .. aku tak tahu la mana satu kebenarannya kan , aku bukan minat ponn
oppa nie .. kalau oppah dalam upin ipin tu aku minat la
hehe
tak da kaitan pon ..
tapi nama dah dekat tu .. mungkin dia dapat inspirasi nama oppa tu
daripada nama oppah kot
haha memandai jekk aku nie kan ..
oppps ..!
tapi sampai hari nie masih ada yang bercakap pasal oppa nie ..
ada yang cakap
orang korea sedang menjatuhkan islam di seluruh dunia 
dengan menggunakan OPPA GANGNAM STYLE !! lagu dan 
style tu menghina Nabi Muhammad SAW .. astaghfirullah al-
azim~ lirik lagu tu ada yang bermaksud ''konon ada binatang
 burroq, konon boleh sampai langit ke-7'' .. kan baginda naik 
ke langit menggunakan burroq ?? penyanyi itu juga buat sty
le silangkn tangan dia, kan tanda salib tu ?? ..even baginda 
pernah cakap, burroq tu sangat laju dan tak same dengan 
riding kuda, jadi penyanyi itu terpaksa sila
ngkan tangan untuk grip kuat style kuda tu
 ada sesetengah pihak lagi cakap oppa tu
Gangnam bermaksud ‘Saya Ingin Menjadi Yahudi’ sebarkan untuk Agama Islam. #ShareThis ! Subhanallah. Macam2 sekarang niehh !

Benarkah itu maksud gangnam style?
Blogger Ipoh Malay menghuraikan isu berkenaan; Jangan Malukan Umat, Ini Maksud Sebenar ‘Gangnam’ ... Memang tak senonoh video clip Oppa Gangnam Style nyanyian PSY yang menjadi viral secara tiba-tiba di Asia dan Amerika Syarikat. Tetapi sesenonoh mana pula penyebaran dakyah kononnya untuk kebaikan umat Islam bahawa Gangnam bermaksud “Saya Ingin Jadi Yahudi” ? Jawapannya tiada faedah, malah memalukan umat Islam kerana bila tiba ke pengetahuan masyarakat bukan Islam, umat Islam akan dipermalukan dengan celaan seperti ‘bodoh’ , ‘tak buat kajian’ dan ‘cetek ilmu’. Jadi, apakah Gangnam itu? Menurut orang Korea, Gangnam-gu merupakan kawasan dalam Seoul yang dihuni artis-artis, penuh dengan bangunan rekaan moden, mahal, ada style dan mereka menyamakan Gangnam dengan Beverly Hills di Amerika Syarikat. Oppa pula ialah panggilan hormat mereka kepada lelaki yang lebih tua seperti kita menyebut ‘abang’ atau ‘encik’ . Maka mamat gemok yang popular tiba-tiba itu menyanyikan lagu yang bertajuk ‘ cara encik gangnam’. Negara Yahudi sebesar Amerika Syarikat pun tak pernah ada tempat dengan nama bermaksud “I wanna be Jews”. Seharusnya kita tidak sembrono menyebarkan sesuatu yang memalukan kita umat Islam secara keseluruhan akibat perbuatan dangkal hasil tangan puak-puak tertentu yang belum tentu lagi kita tahu pegangan akidah mereka. Boleh jadi ia dilakukan oleh orang kafir sendiri bagi memalukan umat Islam.
aku sendiri pun tak tahu la mana satu kebenarannya ..
kebenarannya hanya pencipta lagu tu & allah jek tahu ..
bagi aku tak salah kalau kita dengar tapi jangan terlalu taksub sudah la ..
lagi pon dalam video tu macam banyak view yang tak elok la
tak percya ?? tengok la sendiri ..
masing-masing ada pendapat sendiri kan ..
so fikir la mana baik mana tak baik ..
kalau dah terbukti yang oppa gangnam nie menjatuhkan imej
umat islam , kite sebagai umat islam jangan la dengar atau tengok video nie
lagi ..
akhir kata ..
enjoy reading here & peace yoo